Beberapa tips bagi mereka yang ingin membela hamster. Kenapa tiba-tiba hamster pula episod kali ini? Aku tak pernah pun membela binatang kecil ini, pada aku ada baiknya aku membela tikus daripada hamster kerana ia boleh tolong masak untuk aku. Apa pun aku tanpa sebab menulis artikel kali dan bacalah jikalau rajin.Adakah hamster dan tikus belanda adalah sama? Jawapannya jika anda berada di Malaysia, YA. Tetapi jika anda di luar Malaysia jawapannya salah kerana keduanya berbeda sama sekali. Perhatikan diagram dibawah yang merupakan spesis Dutch Mouse dimana berekor lebih panjang dan bertompok hitam dipun. Namun oleh sebab kita perlu memboikot barangan belanda, kita gunakan nama hamster.
- Bagi mereka yang ingin membeli hamster, belilah pada waktu petang berbanding waktu tengahari, ini kerana hamster pada waktu petang, ia slelau terjaga dan menjadi aktif. Jadi pada waktu inilah anda boleh lihat yang mana yang paling lincah dan becah. Kau orang tahulah maksud aku.
- Belilah hamster yang berusia 6-7 minggu kerana ia mudah dilatih pada ketika usia ini.
- Hamster merupakan haiwan Crepuscular , dimana ia lebih aktif pada waktu petang berbanding pagi dan lewat malam. Jadi janganlah mengejutkannya pada selain waktu waktu, ia tak suka.
- Pastikan hamster anda menjauhi tumbuhan-tumbuhan di sekitar rumah anda kerana sesetengah tumbuhan boleh mengakibatkan keracunan pada hamster anda.
- Elakkan memegang hamster anda dengan menarik lehernya macam angkat kucing. Ibu hamster selalunya mengangkat anak-anak hamster sebegini, namun ini tak disukai hamster dewasa dan sebagai tanda protes, mereka boleh kencing kepada anda. Cara dengan betul adalah pekup dengan kedua belah tangan anda.
- Mungkin anda suka jika ia bebas dalam bilik anda. Pastikan ia tidak dapat melepasi bawah pintu anda jika pintu anda tertutup. Bagi mengelakkan ia mungkin terlepas, letak tuala dibawah pintu anda. Pastikan juga tiada wayar atau baju-baju diatas lantai ini kerana hamster suka gerit objek-objek macam ini. Pastikan juga anda tidak terpijak hamster anda sendiri...=(
- Jika hamster anda terlepas dan berlegar dalam rumah anda, hati-hati kerana ia mungkin keluar dari rumah anda dan ini adalah bahaya kerana ia mungkin terdedah kepada serangan haiwan lain seperti kucing dan burung. Tutup semua pintu keluar rumah anda dan letakkan kuaci ditengah-tengah semua ruang dalam rumah anda. Ingat kuantiti kuaci tersebut. Kekurangan bilangan kuaci boleh mengecilkan ruang lingkup bagi mencari hamster anda. Mungkin dengan cara juga ini anda dapat memancing hamster anda.

- Kena gigit hamster? Apa yang penting adalah anda tidak bereaksi berlebih-lebihan dan bertindak balas seperti manusia normal, ini kerana anda mungkin mencederakan hamster anda. Mungkin ada sebab tertentu anda digigit, mungkin anda tak mandi atau tangan anda berbau makanan. Jangan risau jika digigit hamster, jika berdarah, bubuhkan anti-septik jika ada, kalau tak ada, minyak gamat pun boleh juga. Kalau berlarutan dan anda fikir anda akan mendapat penyakit 'hamster gila' cepat-cepatlah berjumpa doktor anda atau datang sahaja ke Hospital Selayang, anda akan dilayan 5 jam nanti.
Setakat ini sahaja, boleh hilang siuman jika kiranya aku bercerita mengenai hamster ini panjang-panjang. Ok, sekian, terima kasih.
Sekadar rujukan cilok artikel aku:

3 komentar:
soalan yg berhormat,
saye ade membela seekor mawas berbangse filipina yg hanye pndai speking tamil dan berasal dr kutub selatan kat simpang blakang iglu taman ternak penguin.so soalan saye, kenape tv3 x siar kan prison break season 3?
Untuk pengetahuan encik wafie zainal, tv8 lah yang bertanggungjawab menyiarkan rancangan bersiri Prison Break, atau jika encik merupakan pelanggan astro, encik juga boleh menonton di saluran Star World. Terima kasih. Sampaikan salam kepada mawas peliharaan anda.=)
Artikel yg berjaya mempengaruhi aku.. Kena berhati2 la kalau nak baca blog ko..
Poskan Komentar