#28 Mari Berfantasi [Dilema era baru]

Aku nak wujudkan lagi siri aritikel baru, Mari Fantasi untuk memenuhi ruangan [asanrivas]. Disamping aku berangan, kau orang juga boleh berangan bersama aku dan berkongsikan data.

Menyebut isu panas sekarang ini, iaitu kenaikan harga minyak. Berikutan kesusahan untuk mendapatkan sumber minyak, harga minyak dunia telah sukar dikawal dan naik mendadak dalam era millenium ini. Adakah kemungkinan harga minyak akan turun? Jika dilihat dari tahun-tahun sebelum ini, seolah-olah mustahil harga minyak akan turun lagi. Aku bukanlah penganalisis ekonomi, jadi tak perlulah aku hurai panjang-panjang.

Jadi aku mulakan dengan kedudukan sekarang, seorang rakyat biasa yang hari-hari menggunakan petrol untuk bergerak. Tanggal 7 Julai 2015, harga minyak melambung RM 6.30 seliter. Memikirkan situasi yang semakin rumit berdepan dengan kenaikan harga minyak, aku mula bertukar gaya hidup demi langkah penjimatan.

Pada keesokkannya aku mula berjimat dengan menaiki basikal pergi ke kerja. Perkara ini berterusanlah sehingga otot di bahagian paha dan pinggul aku naik. Bukanlah nak bangga tapi menunjukkan susah payah jerihnya menghadapi krisis kenaikkan harga minyak.

Mungkin dengan menggunakan gas LNG dapat membantu mengurangkan beban kewangan, tapi adakah ia berbaloi? Melihat keadaan ini, syarikat NGV(Natural gas vehicle) telah mengambil kesempatan dengan menaikkan harga pemasangan NGV sehingga 60% dari harga asal. Adakah ianya berbaloi? Sebenarnya cara terbaik adalah langsung tidak menggunakan bahan petroleum kerana kian lama sumber bahan tenaga ini akan habis jua.

Aku ingin memikirkan keadaan masa depan bangsa manusia. Apa akan terjadi pada mereka? Adakah akan munculnya Zaman Uranium seperti diramalkan oleh saintis masa lalu? Adakah selepas ini akan muncul manusia mutan? Malangnya aku terlalu letih memikirkan semua, aku ingin lari dari semua ini dengan membuat suatu keputusan yang muktamad!

Jadi aku terpaksa ucapkan selamat tinggal kepada semua kenderaan berasaskan bahan api fosil aku. Ini termasuklah kereta enjin kancil body Fairlady kesayangan aku. Disebabkan kenderaan bahan api fosil tidak lagi diguna pakai zaman kini, aku mendapat wang pulangan yang tidak seberapa.

Dengan berbekalkan wang ini bercampur wang kumpulan simpanan pekerja aku, aku pulang ke kampung untuk memulakan kehidupan baru. Aku ingin bersara...

[Apa yang akan menantiku di kampung sana? Ikuti episod selanjutnya di masa hadapan]

5 komentar:

Qi_C.Lavigne said...

khayalantru tingkat tinggi

Gunners & Roses said...

bersara bukak warong anda... "bang asan, saya nak nasi goreng tanpa minyak ek..nasi lebeh..air buah satu!"

curseshadow said...

Huh.. naik beskal la best.. leh carry awekk.. bro.. bile nak add blog aku dlm jaringan kawan2??

wishingstar said...

Anda telah terpilih untuk tag oleh Wishing Star..sila click siniuntuk melihat tag anda!

StEnZ! said...

wehhh jgn usik keretaku itu

http://www.youtube.com/watch?v=hFbE3-F8Ges