#33 Kelahiran Baru

Isk, apakah gambar ini? Baru sahaja terjadi tepat 2230 semalam. Pada malam Isnin, kucing peliharaan adik aku, Mopi duduk telah melahirkan anak kucing dengan secara tidak sengaja. Jika dilihat sebelum ini, perutnya kelihatan biasa sahaja, tiada siapa dapat menduga apa yang akan berlaku meski pun tuan empunya kucing itu merangkap adik aku.

Mungkin kali pertama, Mopi tidak segan silu beranak dihadapan semua keluarga aku di ruang tamu. Ketika bayinya masih belum keluar habis dari alat kelaminnya, Mopi masih mampu berlari-lari dan berguling-guling di bawah kerusi. Aku pula yang kena pegang supaya Mopi berkeadaan tenang demi kebaikkan anaknya dan dirinya.

Mungkin kali pertama aku melihat anak kucing dilahirkan, pada mulanya si bayi kelihatan seperti mati dan tidak bernafas. Kemudian sentuhan ajaib jari adik juga merangkap bidan kucing aku, si bayi kucing tersedak-sedak dan mula bernafas. Menarikkan? Ia seolah-olah hidup semula.

"Habislah rumah penuh kucing", mengeluh emak aku mengakhiri cerita ini.
Sekian.

1 komentar:

curseshadow said...

erk.. nampak seperti kucing menjilat anaknya..