Jumat, 11 Juli 2008

#37 Cuti yang Terancang

Minggu lepas, kompeni aku bekerja iaitu Syarikat XXX menganjurkan trip kompeni ke Pulau Jerejak. Ingin aku ulangi kata-kata anti-blogger iaitu jangan mengekploitasi maklumat peribadi anda di internet termasuklah dimana anda bekerja. Tiada isu menarik hari ini memandangkan aku agak sibuk dengan urusan duniawi, jadi aku mahu tunjukkan sedikit cebisan-cebisan saat di Pulau Jerejak.
Pulau Jerejak merupakan sebuah pulau yang terletak di antara semenanjung dan Tanjung. Gambarajah di atas adalah sebuah tempat terapung penternakan ikan dan bukan Pulau Jerejak.
Operasi mencari dan menyelamat belangkas.
Mungkin ada yang rasa aku ini seorang pencinta alam yang serius, sebenarnya tidak. Atas teringat perumpamaan melayu, ''berdua bagaikan belangkas", kami membebaskan beberapa ekor belangkas di tepi pantai yang terlekat di pukat nelayan.
Kejayaan kami dalam operasi diraikan dengan jamuan barbeque berlaukkan belangkas selepas itu. Eh, gurau sahaja, di jamuan tersebut, kami disajikan dengan barbeque kambing, ikan, ayam dan lain-lain. Ada juga penghibur yang datang menghiburkan kami dengan berbagai bahasa termasuklah Latin dan dialek Selatan Korat.
Selepas barbeque kami pun berhibur sesama sendiri bersama lagu tradisional barat. Gambarajah di atas menunjukkan kebolehan N4sh13M menyanyikan semangat Westlife dan Back Street Boys. Kelihatan juga Anti-Blogger sedang membisikkan sesuatu kepada Daus. "Kenapa selama ini tidak aku sedar bakat beliau!"
Selepas itu kami bermain di atas pasir seperti main tarik tali, main belon, lompat-lompat dan bola-elakkan(dodgeball).
Walaupun agak penat, kami sekompeni masih boleh melakukan pelbagai aksi untuk persembahan di malam hari. Tanpa disangka aku pula terlibat dalam persembahan yang agak gempar itu.
Antara aktiviti paling menarik di Pulau Jerejak adalah melihat ikan-ikan bermain-main berhampiran mata kail anda. Anda tidak perlu risau bagaimana hendak memasak ikan tersebut kerana anda tidak akan berjaya sama sekali berjaya membawanya ke darat. Untuk berbuat begini anda disarankan menggunakan umpan sotong bakar, donat coklat, salami dan tidak ketinggalan juga puntung keretek.
Sekian sahaja hikayat pengembaraan ke Pulau Jerejak kali ini. Rancangan ini ditaja oleh Jerejak Spa and Resort. Tidak lupa diucapkan terima kasih kepada warga Jerejak terutama sekali Deisy, Rindi, Mas Joni, Mas Ais Kacang dan juga Man Waja.

2 komentar:

ooooooo mengatakan...

waah , gilee best (x

Wafie Zainal mengatakan...

yeyey! gambar aku ade..fuiyoo..aku nyanyi tuh...

Arsip Blog