Berfikir mengenai hari konvokesyen, aku selalu terbayangkan para pelajar dan ibubapa duduk dalam majlis yang dibuat di tengah padang. Selepas kesemua graduasi menerima ijazah masing-masing, masing-masing akan bersorak kegembiraan sambil melambung topi graduasi masing-masing. Aku pilih perkataan melambung kerana lebih sesuai berbanding membaling atau membuang, kerana lambung seolah-olah anda melemparkan ke atas dan anda boleh menyambut semula. (pada hari tersebut, aku membaling topi aku ke arah lain yang tiada arah tuju, manakala pelajar pingat emas BITS, Kim Peh memilih untuk membuang topi beliau). Selepas aktiviti melambung topi, tibalah masa untuk bergambar dan perjumpaan dengan teman hidup masing-masing. Inilah masa yang sesuai untuk anda memperkenalkan teman wanita anda kepada ibubapa.
Budin: Ayahanda, perkenalkan ini teman anakanda, Mawar.
Ayahanda: Oh Budin! Cantik sungguh paras rupawan Mawar ini. Sungguh pandai anak aku memilih teman hidup. Bonda, bawakan anak-anak ini ke Restoran Melayu Subaidah, mari kita bersantap bersama-sama.
Mawar tersipu malu bersembunyi di balik Budin. Demikian skrip-skrip yang aku dapat bayangkan ketika hari graduasi, malangnya pada hari itu tiada siapa yang aku perkenalkan kepada ayahanda dan ibundaku. Apapun aku cukup terharu apabila ramai adik-beradik aku dapat datang melihat abang mereka berpakaian jubah konvokesyen.
Aku kurang pasti apa yang diperkatakan oleh sesetengah graduan dari universiti aku. Majlis kurang memuaskan! Aku tidak tahu kenapa tahun ini ibubapa tidak dihidangkan makanan atau minuman sedangkan tahun-tahun lepas mereka boleh dihidangkan kuih-muih sehingga kenyang. Bagaimana pun sebenarnya jamuan tersebut diadakan di belakang dewan, jadi ramai yang tidak tahu malah tidak diberitahu. Sambutan juga dikatakan hambar dan dijadikan kenangan pahit bagi segolongan mereka yang bergelar graduan. Aku tidak tahu kenapa, apa yang kurang, namun ramai yang rasa kecewa. Apapun syabas kepada pelajar UTeM yang telah bergraduasi.

*Kemaskini 4.33 12/8/2008 - Paling kiri, adik aku, dan kanan sekali Prof Abu.
Kawan-kawan
Sembilan bulan agaknya tidak berjumpa rakan-rakan semenara gading dahulu. Masing-masing sudah membuka haluan masing-masing dan menghampiri kejayaan. Apa yang paling berbangga, Alhamdulillah hampir kesemua telah mendapat pekerjaan. Biarpun ada yang dalam bukan bidang apa yang pelajari dahulu, namun aku sangat berbangga mereka dapat bekerja mencari rezeki yang halal.
Tidak kurang juga ramai yang masih bersemangat untuk menyambung pelajaran. Bila aku melihat mereka, aku terkenang dan juga rasa ingin kembali ke alam universiti dan menjadi seorang remaja kembali. Tetapi apabila mengenangkan kesusahan untuk menyiapkan kerja kursus, lain kali sahajalah. Salam buat semua rakan-rakan yang sedang menyambung pelajaran.
Banyak juga perubahan pada kawan-kawan berlaku terutamanya dalam bentuk fizikal dan materialistik. Secara fizikalnya, ramai yang berjaya membina bentuk badan sampai ketahap yang unggul, iaitu dari bentuk petak ke bentuk bulat, dari segitiga ke bentuk pentagon dan berbagai bentuk organik yang lain. Namun, ada juga yang berubah secara materialisme iaitu dari segi harta kebendaan dan perbendaharaan, contohnya dari nombor pendaftaran JJC ke JKV. Ada juga yang berubah daripada status Single kepada status In Relationship atau terus ke Married.
Tentunya rezeki itu datang dari tuhan yang Maha Kaya dan sentiasalah bersyukur dengan apa yang ada. Namun apa yang aku lihat di sini adalah perawakan manusia untuk berubah. Tidakkah anda merasa ini merupakan keajaiban? Keunikkan manusia yang berubah mengikut keadaan dan zaman. Perubahan sikap, perubahan fizikal, perubahan mentaliti, perubahan pendirian dan lain-lain.
Tamat sahaja majlis konvokesyen ini, maka termeterailah dengan rasminya perpisahan antara kanak-kanak BITS yang dahulunya kerap diagungkan keakrabannya. Tamatlah sudah slogan dahulunya "Hidup untuk Rakan-rakan" yang pernah terpahat di hati suatu ketika dahulu. Pergilah masing-masing membawa diri memperjuangkan hidup masing-masing.
Ingatlah kamu ketika sedang tekun bekerja buat overtime, suatu ketika dahulu ada kawan kamu tekun bekerja sehingga 5 pagi menyiapkan assignment untuk kamu.
Ingatlah kamu sedang ketika kamu sedang berkereta keliling Kuala Lumpur, suatu ketika dahulu ada kawan kamu yang sanggup datang mengambil kamu di Melaka Sentral menaiki motorsikal pukul 5 pagi.
Ingatlah kamu sedang ketika bergembira dan berkongsi perasaan dengan teman wanitamu, suatu ketika dahulu kamu berkongsikan kegelapan dengan kawan-kawanmu berbicara tentang bulan sehingga pukul 5 pagi.Anda semua menjadi saksi perubahan perubahan kawan-kawan anda, dimana adalah perubahan anda suatu fenomena bermakna bagi diri aku dan sahabatku. Sekian sahaja artikel kali ini.
Salam Mesra.

13 komentar:
isk isk.. bile nak jumpe lg wei? kate nak pegi carls jr... nih apsal gambar adik ko ngan mie?? kenapa tak ganti gambar mie ngan gambar aku?
ASAN...terharu sungguh ku membace puisi ini.huhu.ingin ku kembali kemase lampau bersama teman2 dan bukan nye bersama teman wanita kerana teman2 lah yg lebih menghargai diriku ini.
Tahniah untuk geng BITS.... Jumpa lagi tahun...ermmm..tahun...ermm..ahhhh!!bile terserempak sudah.Hoho
Dari Abg Dragon
zul:btol ke ajak aku zul?sungguh pemurah hati mu.nnt kita rancang2kan bersama. Sbnrnya tu gamba adik aku, kere, dan prof abu.tp photoshopkan jadi gamba aku dan mie.
stenzi: akang ku kenang temang-temang ku smpi bebile
abg dragon: jumpe lagi tahun dragon nnt.
hahaha..
wei hang dah tunjuk kat mak ayah hg ke awek hg?
bile kawen..
jemput la nanti..
tuyen: erk, mana ada aku tunjuk, kan aku da tulih dalam blog aku yg aku xkenalkan sape2. For your information, pompuan dlm gamba tu adalah adik aku...hehe.
yeah.. adik kamil.. kim salam ek.. manis adik mu.. teringat awek lama aku.. dah lama aku membujang..
asan asan... tahniah.... sukses selalu...
huhhuuuuu... syahdu beb. menyentuh perasaan, jauh ke dalam kalbu....
tahniah2 krn mnjadi seorang gradusi! kui3..aku rasa parent ang msti ternanti2 sumbody utk ang perkenalkn kat depa. knapa ang x laksanakan?? they are waiting so long..ang tu dh tua.lain la aku.hahaha....
sib baik weh...takde yang bertukar dari single ke domestic partnership?
zul bayangan: awek lama mu kim slm.
bubbleblu: thanx tc!!!
zan: jangan kau tangisi pemergian ku=p.
fiquer:hahaha, aku xsabar2 nk kenalkan hg ngan parent aku.
syiku samad: ahaks, ada ke di antara kita mencapai tahap itu? engkau?=p.
Post a Comment