Jumat, 05 September 2008

#47 Ramadan menjelma lagi

Ramadan Al-Mubarak telah kembali lagi. Bulan yang dinanti-nantikan oleh umat Islam dimana bulan yang penuh dengan keberkatan dan kemuliaan. Segala puji dan syukur ke hadrat ilahi kerana sempat kita dipertemukan di Ramadan kali ini dan semoga diberi kesempatan untuk menjalani ibadah dibulan ini dengan sempurna.

Bercerita mengenai pengalaman berpuasa, tidak banyak yang aku dapat rekod dalam memori. Apa pun begitu, setiap kali datang Ramadan, aku dapat rasakan keistimewaannya tersendiri, dengan peristiwanya yang sendiri, dengan perasaannya yang tersendiri dan berbagai-bagai lagi yang hanya hadir di bulan Ramadan. Sukar aku mendefinasikan kelainan tersebut, mungkin disebabkan Ramadan itu sendiri. Ramadan membawa perubahan! Boleh dikatakan berlakunya perubahan radikal kehidupan seharian kita, siang kita menahan lapar dan dahaga untuk berpuasa, pada petangnya kita berkejaran ke bazaar, kemudian pada malam kita berarakan untuk ke terawikh, dan pada pagi berikutnya kita bangun awal untuk bersahur.

Disebalik Ramadan juga, masih ada golongan yang masih kurang mampu untuk berbuka dengan lauk pauk yang sedap seperti kita hari-hari berbuka. Demikian itu kita digalakkan menderma malah diwajibkan keatas kita untuk membayar zakat fitrah bagi setiap seorang. Bagi kawan-kawan yang sudah mampu menyara diri, cepat-cepatlah tunaikan kewajiban ini sebelum terlambat. Walau bagaimanapun aku belum lagi menunaikannya, berbanding dengan tahun-tahun lepas sebelum, aku akan membayar sendiri pada tahun ini. Hurray! (Maknanya sebelum ini ayah aku yang bayarkan...).

Ramadan juga bulan keampunan, bagi mereka yang sayangkan diri mereka dan pandai mengambil kesempatan, inilah peluang kita. Sama-sama kita bertaubat dan tinggalkan dosa yang lalu, semoga Allah mengampuni dosa kita dan diberi petunjuk ke jalan yang benar. Amin.

Sekian, semoga bertemu di malam Lailatul Qadar! Wassalam.

p/s.1:tq cik shapikot untuk gambo di frenster>:)<
p/s.2:Aku tukar sistem rating kepada rating perkiraan yang lebih mudah yang mengambarkan respon anda, iaitu lawak bodoh, kelakar, pengetahuan dan dukacita. sila pilih satu setiap kali membaca artikel aku.
p/s.3:aku nak maen PS3...

0 komentar:

Arsip Blog