Hari itu aku melihat cermin dan bertanyakan pada cermin, kenapalah tiada orang mahukan mu.
Memang tiada orang akan mahukan kamu, tiada siapa mahukan kamu. Kamu tidak bererti bagi sesiapa, melainkan kamu menunjukkan apa erti kemahuan mu. Kita bertanyakan kembali untuk apa kamu mahu orang mahukan kamu. Apakah maksud kamu? Apakah erti kemahu-mahuan itu. Sudah tentu ciri-ciri yang istimewa yang ditonjolkan kamu menjadi pilihan pemahu itu. Apa kamu tidak memiliki kelebihan itu?
Kamu mahu dicintai? Kenapakah kamu ingin di cintai? Adakah tidak cukup cinta dari Tuhanmu? Yang menyanyangi kamu lebih dari apa yang kamu mengetahui. Kamu mahu cinta dari manusia? Cinta manusia itu rapuh dan tidak berbentuk. Ia boleh datang dari berbagai bentuk yang tidak diduga. Kenapa kamu mahukan juga?
Kamu mahu menjadi orang yang terpilih? Kamu mahu menjadi orang terpilih diantara rakan-rakan kamu. Kamu perlukan jawatan dan kepercayaan yang lebih tinggi? Ini bermakna kamu meminta lebih tanggungjawab ke atas kamu. Adakah ini supaya kamu disanjung oleh rakan-rakanmu dan rakyat sekeliling? Adakah ini yang anda mahu? Atau ini yang orang lain mahu? Tanyalah pada diri sendiri anda. Adakah anda hidup selama ini adalah semata-mata mengikut kehendak kemahuan seseorang atau kemahuan anda sendiri yang mahukan anda dimahukan orang lain atau sebaliknya?
Semalam, nasi lemak ayam berempah mengajar aku. 9 ketul ayam terakhir. Aku mahu penjual itu memilih aku supaya aku boleh menjadi pemilik salah satu seketul ayam tersebut. Tibalah saat ayam terakhir dibedakan, namun akhirnya ia jatuh ditangan orang lain juga. Aku terkedu, pilu walaupun ditenangkan oleh penjual tersebut, diantara ramai-ramai 10 orang yang menunggu, sedangkan aku tidak terpilih.
Kecewa? Adakah aku mahu diriku dipilih mu wahai ayam , tidak sesekali wahai ayam. Aku bukan hamba mu, engkau bukan pujaan aku, engkau sekadar pembuka selera 7.15 PM hari ini. Tidak sesekali aku akan berputus asa ke atas engkau wahai ayam. Sekiranya hari esok masih ada, maka hari ini mungkin hari kau, tapi hari berikutnya mungkin hari aku. Selamat tinggal ayam.
lately
4 hours ago

3 komentar:
i've been asking the same question..(-_-)
Ayam, bermacam ayam!
aku baca balik.aku trasa ampes gle.mcm la ayam tu sdp sgt...
Post a Comment