Aku nampak Rahman berpusu-pusu keluar dari Waja dan terus ke pintu pejabat. Aku ingat dia tak nampak aku, sebaik sahaja pintu terbuka. Rahman menoleh ke arah ku tersenyum. Aku membalas senyuman beliau dengan senyuman kegemaran aku ala-ala Wallace&Gromit. Kenapakah kau kelihatan begitu ceria Rahman, adakah kau tidak sabar untuk melakukan tugasan kau hari-hari sebelum ini? Sungguh bagus engkau Rahman.
Aku tunduk kebawah untuk mencari kasut sarung aku. Aku memakai stokin perlahan-lahan sambil melihat label stokin aku, "Wednesday". Kamu bukan stokin hari ini, detik hati kecilku. Kemudian aku melangkah perlahan masuk ke pejabat. Mike menyambut aku dengan berkata, "Welcome back". Aku membalas "Good morning". Kebiasaannya pada pagi-pagi yang biasa Mike tidak pernah menegur aku, mungkin dia sudah lama tidak melihat aku dan aku disapa. Kemudian aku terus ke tempat dudukku dan ber"Good Morning" dengan teman sepejabat yang melihat aku.
Aku duduk ditempat aku dan melihat sekeliling. Tidak ramai orang disekeliling aku. Pada seminggu yang lalu, teman sekerja aku, Sophian telah meninggalkan syarikat ini buat kali terakhir. Pemergian beliau mungkin meninggalkan banyak kekosongan di kalangan rakan-rakan sekerja yang lain. Pada pandangan aku, beliau ada salah seorang orang kuat dalam komuniti sosial di syarikat kami. Semoga keceriaan dan khidmat kecekapan beliau dapat diapdaptasikan di komuniti lain. Kerusi Kak Ariza dan Wafie juga kelihatan kosong. Kenapa kamu semua mengambil cuti pada hari ini?Kemudian aku membuat panggilan telefon kawan aku sedang berada di Kota Bahru. Tidak seperti hari-hari, beliau selalu onlinekan diri di GTalk yang sepi. Hidup beliau kini penuh perubahan, mencari arus ditengah Kota Bahru. Mamat ni sanggup beraya jauh disana walaupun tiada saudara mara di sana, ini kerana adalah demi ukhwah semuslimin di saentero. Syabas diucapkan.
Aku kembali duduk bersandar dikerusiku yang empuk menganalisa kerinduan dalam diri. Adakah kerinduan aku pada orang? Atau kepada sesuatu peristwa? Aku mengenangkan kembali apa yang berlaku sepanjang sebulan yang lalu. Ramadan yang telah berlalu, malam-malam yang dipenuhi dengan terawih, balik ke kampung halaman, lagu-lagu raya, gelak tawa dan berbagai-bagai lagi peristiwa dimana kesemuanya penuh kenangan. Kesemuannya yang berlaku amat unik di mana ia berlaku setahun sekali. Kesemuanya membawakan suatu perasaan yang sukar didefinisikan dalam bentuk ayat konkrit. Tidak pasti samada aku akan lalui semula di Ramadan yang akan datang. Selamat tinggal Ramadan.
Rebelious |
Sekian.

0 komentar:
Post a Comment