- Agak seronok aku bermain Picasa Web Album hari ini. Kagum aku dengan teknologi Face Detection dan Face Recognition. Pemproses Picasa mampu mengesan kesemua wajah dalam album-album anda dan mencari beberapa persamaan jika wajah adalah orang yang sama. Namun masih ada beberapa kecacatan contohnya wajah aku kerap disamakan dengan Acap. Adakah kita serumpun wahai Acap? Setelah selesai menganalisa keseluruhan album aku, Picasa berjaya mengesan 1009 wajah dan muka-muka terbanyak adalah Kamal, Faisal dan Azmin??? Anda boleh lihat di sini sekiranya ingin mencari wajah anda .
- Petang tadi ada kawan dari sekolah lama aku dahulu telefon aku, kononnya nak buat panggilan hangit. Malangnya panggilan tersebut menjadi hangus apabila aku meneka lebih awal pemanggil terbabit. Maaf ya Kaamil. Imanul Kaamil seorang bakal juruterbang di masa akan datang dan sedang menuntut di mana ntah.
OMG! Kaamil juga bermain Final Fantasy 12!?? Seronok dapat jumpa orang yang bermain game yang sama, terkenang ketika zaman Metal Gear dulu-dulu, kami berjuang bersama-sama bertarung Bilik Siber di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Baling. Dalam perbualan kami berbincang bagaimana hendak mendapatkan Zodiac Spear. Zodiac Spear merupakan senjata terkuat dalam FF12. Namun ada syarat tertentu di mana ada peti yang tidak boleh dibuka sebelum buka peti tersebut. Yang pasti aku dah terbuka salah satu peti tersebut.
Apakah benda mengarut yang kami bersembang ini? 5 tahun tak bersua kami bercerita pasal FF12? Erk...
- What done is done. Aku selalu terbayang nenek moyang aku berjuang mencari rezeki di suatu ketika dahulu. Arwah tokwan aku telah mengusahakan berelung-relung tanah untuk menanam padi, namun aku merasakan tiada seorang pun cucu beliau yang mampu meneruskan tradisi menaman padi.Apa yang bakal berlaku di kampung sana? Kenapakah aku di sini duduk sahaja di atas kerusi menghadap tiub-tiub senapang elektron?
kami tak nak duit. terima kasih.
5 hours ago

2 komentar:
~ermm..mne leh cmni.hg lg macho dr aku kamil..hg leh saman google!
aku sependapat ngan acap.lgpun yg sebenarnya acap lagi hensem dan berkerjaya dari aku.ape2 pon sblm masuk court kna buat akuan bersumpah dlu.
Post a Comment