Aku suka membela kucing. Sebenarnya aku tidak tahu pun apakah fungsi kucing sebenarnya selain tugasnya makan dan berak di merata-rata tempat. Nak kata ia boleh menakutkan tikus, sebaliknya banyak kucing sekarang takut kepada tikus. Kalau boleh tolong buat kerja rumah best juga, lap-lap lantai ke, potong lalang kat luar rumah ke. Ah, malas memikir, zaman Doraemon aku sudah tamat.
Selain daripada dirinya yang comel dan boleh menunjuk-nunjuk kepada orang lain yang anda ini penyayang, aku tidak tahu kegunaan kucing ini sehinggalah ayah aku dan pak long aku bersembang petang suatu hari. (Ehem, bukan macam sembang aku ngan kamal ya).
Kucing yang menumpang rumah kita sebenarnya boleh mendoakan kita supaya kita mendapat banyak barakah yang tidak ternampak bentuknya. Kucing tidak mempunyai dosa dan anda bayangkan betapa mustajabnya doa makhluk ini. Seperti yang anda ketahui, semua makhluk di alam-alam ini senantiasa berzikir kepada Allah yang Maha Esa. Batu-batu, gunung-ganang, pohon-pohon, lalang-lalang, semut-semut dan kuman-kuman sekali pun tanpa henti menyebut kalimah kepada yang satu.
Jadi setiap anda berbuat kebajikan kepada kucing ini, kucing berdoa kepada tuhan agar dimurahkan rezeki anda. Ingatlah, Allah sahajalah yang mampu membalas kebaikan kamu. Layanlah koleksi kucing-kucing dan haiwan-haiwan lain yang aku temui dalam hidup aku.
Oh ya, FaisalImram ada datang menceritakan mengenai pintu-pintu rezeki. Agak tidak terfikir aku selama ini. Barangkali ada selalu mengelakkan perkahwinan kerna khuatir hidup akan susah kemungkinan kerana kekurangan wang, masa dan sebagainya. Namun perkahwinan sebenarnya membuka salah satu pintu-pintu rezeki anda. Pintu-pintu rezeki? Apakah itu? Bayangkan setiap manusia mempunyai rezeki masing-masing, namun adakalanya rezeki anda terhalang mengakibatkan hidup anda penuh kesusahan. Namun dengan adanya pasangan anda, kemungkinan dia adalah pintu rezeki anda, maka akan tercipta suatu laluan rezeki kepada anda. Manalah tahu, bakal isteri anda pandai membuat goreng pisang, petang-petang boleh la buat bisnes sikit-sikit 2-3 ratus sehari..hehe. Anak-anak juga salah satu pintu rezeki, apa lagi? Jom kahwin kawan-kawan. (.....)
kami tak nak duit. terima kasih.
5 hours ago

0 komentar:
Post a Comment