Indahnya bekerja di siang hari. Aku boleh bangun lewat, menikmati alunan piano dari sebelah dinding. Kemudian aku memandu sambil melihat sinaran mentari pagi menyinari membakar keazaman yang membara untuk bekerja. (Apa kau merepek ni, kau datang cuma tidur okey!!?).
Namun ianya sudah tiada lagi buat masa beberapa purnama ini. Aku sekarang menjadi kupu-kupu di malam hari, bukan lagi rama-rama yang dahulunya bebas menular di angkasa. Aku merasai kekosongan, pejabat yang kosong, senarai utusan segera(instant messenger) yang kosong dan juga hati yang kosong.
Ekspresi perasaan: Boomp3.com
Namun pada ketika sudah penghujung waktunya, ketika aku ingin keluar dari bangunan pejabat ini, aku terpaku seketika sebaik pintu terbuka. Indahnya sinaran mentari memancarkan surianya menyinari pemandangan di luar pejabat sana. Seolah-olah hidup aku baru bermula, seolah-olah aku baru keluar dari kegelapan yang panjang. Aku merasai angin kebebasan kerana aku sudah bebas di siang hari.
Ekspresi perasaan:Boomp3.com
Berikutan buletin ke #53 agaknya, Fifi dan Yuzreen telah mengambil alih 2 ekor anak kucing adik aku, Mopi. Rasa-rasanya Fifi akan menjadi ibu angkat manakala Yuzreen akan menjadi bapa angkat. Banyak juga cabaran yang mereka tempuhi pada permulaan. Semoga berjaya kalian. Nanti aku paparkan artikel mengenai anak-anak Mopi di masa akan datang!
Lagu untuk korang:Boomp3.com
Uh~Malasnya aku sekarang nak berblog.
Sekian.
lately
4 hours ago

4 komentar:
pengambilan anak angkat ku tiada kne mengena dgn entry kamu le..i was planning bout it b4 ramadhan..da pn merisik2 dgn miza..boss..dan my bestfren di terengganu..tp anak kamu plak yg muncul depan mata..rezeki la tu kan..:)
mopi: ....apsal la aku rasa sunyi skang.... kru..kru...kru(garu2)
begitulah kehidupanku beberapa purnama yg lepas.. tp aku berazam utk berubah apabila mendengar rangkap ini:
Subuh sepatutnya adalah permulaan hari, bukannya penutup hari...
ooo...lepas tu hg bangun smyang subuh ke?
Post a Comment