Sedih dan pilu hati aku melihat kehidupan ayam dalam video ini. Untuk mendapatkan telur ayam rupanya ibu ayam dipaksa bertukar menjadi mesin bertelur semata-mata. Tidak seperti yang aku bayangkan dahulunya nenek aku selalu men'curi' telur ayam di rumah padi.
Video ini aku dapat dari http://www.chooseveg.com/animal-cruelty.asp. Kesimpulannya laman ini mengesyorkan kita bertukar menjadi vegetarian. Apa? Vegetarian? Bagaimana rendang mak aku? Bila aku nak menikmati Big Mac aku? No way man, kita tak sepatutnya berubah menjadi vegetarian, sepatutnya pengusaha ternakan yang berubah. Jadi mesej ini aku tujukan kepada pengusaha ternakan. Hentikan penderaan haiwan ternakan!
* * *
Dalam tengah-tengah kekalutan aku sempat lagi aku kena tag dari Bayang Sumpahan. Terima kasih, aku tidak tahu apa faedah tag ini sebenarnya dan aku tidak tahu apa bestnya blog aku sangat. Jadi aku tampal kembali peraturannya:
Rules utk tag ini..
- Bagi just kat orang yang dirasakan GILA-GILA / BEST
- Bagi kat 5 orang sahaja
- Link orang yang terima award ni
- Sesiapa dapat Award ni DiWAJIBkan buat POSTING sebab dia dapat award ni kat blog dia
- Beritahu orang yang dapat award ini kt blog dia ok ! (buat trackback sahaja pun sudah memadai)
- http://azmien.blogspot.com/[agak ampes kerana dah kurang kemaskini]
- http://arcbound.blogspot.com/[game maniac]
- http://fiquer.wordpress.com/[penulisan yang baik]
- http://disneymind.blogspot.com/[aku suka photo daun pisang itu!]
- http://yudastitch.blogspot.com/[seni cross stitch! terkenang aku era zaman victoria...]
Sekian, award ini bukan serius jadi sesiapa yang tak tersenarai jangan ambil hati. Peace okey!


3 komentar:
~slm..
sy tidk sangka akn memenangi award ini drp saudara asan rivas..berdirinya sy disini adalh disebabkn oleh sokongan anda semuanya..tanpa anda siapala sy..sy juga ingin mengucapkn ribuan terima kasih atas segala dorongn yg diberikan oleh anda semua..sekali lg sy ucapkn trima kasih..
apsal blog aku ampes?? haish.. tampar laju2
blog aku tak termsuk ke?!!paling tidak masuk lah dalam senarai calon2 yang tak layak...!
Post a Comment