#61 Google Reader

Jika anda adalah pembaca bahan bacaan internet yang tegar, ada baiknya anda menggunakan Google Reader. Google Reader sebuah aplikasi web yang bagus sekirannya anda malas membuka laman web terbabit dan membuka semua laman kegemaran anda dalam satu. Bak kata bidalan  Pak Laloq, 3 in 1.


Secara asasnya Google Reader akan membaca RSS/Atom di laman pilihan anda dan memaparkan terus pada laman Google Reader dengan tersusun dan tampak ringkas. Adakalanya lebih pantas anda membukanya di Google Reader dan ini banyak menjimatkan masa dan bandwith negara. Ya, betul-betul.

Kongsi bahan bacaan anda di Google Reader. Sekiranya anda temui artikel langganan sangat menarik pada isu tertentu, anda boleh kongsikan bersama rakan-rakan Google anda. Anda juga akan diberi sebuah page menghimpunkan bahan-bahan share anda. Lewatilah page aku..., sekian.

1 komentar:

KO said...

Read before u leap..keep reading