
Rasa rindu dalam hati Encik Ebiet G. Ade masih belum pudar dan semakin merebak, arakian beliau mengarang lagi sebuah lagu bertemakan rindu. Demikian liriknya semakin mantap dan tajam boleh membuatkan gadis-gadis 80-an terpukau bak tersadung bendul.
Dalam pendekatan lagu kali ini, mengikut fahaman aku, beliau banyak mengaitkan gadis dan memori beliau dengan keindahan alam justeru menangkap perhatian para pendengar. Rangkap pertama seolah-olah memberi satu cabaran kepada pendengar; Coba engkau katakan padaku, apa yang seharusnya aku lakukan... Bayangkan anda adalah seorang kekasih mendengar nyanyian ini, sudah tentu anda terasa pilu mendengar frasa ini dari kekasih anda.
Dalam rangkap kedua, beliau mengaitkan beberapa tempat iaitu pantai Kuta dan bukit Kintamani yang terletak di Bali. Suatu ketika dahulu, tempat ini merupakan pantai yang serba putih dan Bukit Kintamani yang mempunyai pemandangan yang menakjubkan. Kedua-dua tempat merupakan antara tarikan pelancongan utama di Bali. Beberapa jaringan yang mungkin membantu:
- Bukit Kintamani: http://members.virtualtourist.com...
- Pantai Kuta: http://id.wikipedia.org/wiki/Pantai_Kuta
- Pantai Kuta: http://korok.fotopages.com/?entry=1169161
Coba engkau katakan padaku
apa yang seharusnya aku lakukan
bila larut tiba wajahmu membayang
Kerinduan ini semakin dalam
Gemuruh ombak di pantai Kuta
Sejuk, lembut angin di bukit Kintamani
Gadis-gadis kecil menjajakan cincin
tak mampu mengusir kau yang manis
Bila saja kau ada di sampingku,
sama-sama arungi danau biru
Bila malam mata enggan terpejam
Berbincang tentang bulan merah ho...
Du du du du du du du du du du du du du du du
du du du du du du du du du du du du du du du
Coba engkau dengar lagu ini
Aku yang tertidur dan tengah bermimpi
Langit-langit kamar jadi penuh gambar
wajahmu yang bening, sejuk, segar
Kapan lagi kita akan bertemu
meski hanya sekilas kau tersenyum?
Kapan lagi kita nyanyi bersama?
Tatapanmu membasuh luka, ho...
Du du du du du du du du du du du du du du du
du du du du du du du du du du du du du du du
Tamat nyanyian. Gambarajah di atas tiada kaitan. Aduhai, aku rindukan laksa beras. Siti, buatlah lagi.






