#46 Kebuntuan

Adik aku memberi pinjam komputer ribanya kepada aku selama seminggu. Agak seronok pada mulanya, maklumlah sebagai abang yang berdedikasi aku telah memilih komputer riba ini untuk beliau 2-3 bulan yang lalu.

Aku tolong pilih sahaja. Berjenamakan Lenovo, sudah tentu ramai yang tidak mengenai jenama tersebut. Adik aku pun tidak tahu apa itu Lenovo, namun bagi menunjukkan rasa berterima kasih beliau terima dengan seadanya. Sempat juga adik aku menunjuk-nunjuknya kepada kawan-kawannya, namun apa yang mengecewakan kawan-kawannya pun tidak pernah dengar jenama ini. Untuk pengetahuan anda, Lenovo adalah pembuat barangan komputer IBM yang bertaraf lagenda seperti Think-Pad, harap-harap adik aku tidak tahu.

Sambung semula cerita aku tadi, aku diberi pinjam komputer ribanya selama seminggu. Agak teruja aku menggunakan sistem operasinya iaitu Windows Vista. Pada hari keduanya aku mengemaskini sistem operasinya ke versi Service Pack 1. Malangnya kemaskini ini rupanya mengalami kesulitan dan mempunyai seolah-olah berpepijat.

Jadi buat kawan-kawan yang mahu kemaskini ke Service Pack 1 Vista, jangan sesekali kemasikinikannya menggunakan utiliti Windows update, kemungkinan bagi Windows yang mempunyai 2 partition atau lebih adalah lebih tinggi untuk mengalami seperti masalah di atas. Lebih baik muat turun menggunakan Installernya yang betul.

Agak kecewa, aku tidak tahu cara membetulkannya melainkan aku memiliki DVD asal Vista. Aku ada masa lagi 3 hari sebelum pulangkan kepada adik. Aku menemui jalan yang buntu. Buntu? "U ni buntu ke?" kata-kata bapok mengiang di kepala aku. Ya, Ubuntu.

Ubuntu sebuah sistem operasi yang menarik dan percuma. Apa yang best adalah anda boleh minta poskan DVD nya terus ke rumah anda dengan percuma. 4 bulan dahulu agaknya aku mendapat salinan Ubuntu 7.10 kod nama "Gusty Gibbon" dan aku telah pasangkan pada komputer riba adik aku. Arakian pada ketika aku pulang ke kampung halaman aku, aku dapat membayangkan betapa gembiranya adik aku menyambut Ubuntu.Tapi malangnya ayat respon pertama aku dengar adalah:-

"Buntut?"

Tutup cerita fasal adik aku, lantak dialah pandai pakai Ubuntu ke tak. Apa yang menarik tentang Ubuntu ini adalah amat sesuai bagi mereka yang sudah bosan dengan sistem operasi Windows. Ubuntu adalah salah satu Linux yang senang digunakan dan banyak aplikasinya yang HCI. Apa itu HCI? Tanyalah Cik Bad.


Ketika pemasangan Ubuntu, Ubuntu memberi peluang untuk demo sistem operasinya terlebih dahulu tanpa memasangnya ke cakera keras.

Anehnya, Windows tiada pun macam ini. Ala-ala Bart PE pula.

Ubuntu juga banyak menyokong persekitaran Windows. Ketika pemasangan anda juga diberi pilihan untuk mengubahsuai partition Windows anda tanpa perlu format. Dalam Ubuntu juga anda boleh buka semula partition NTFS atau FAT anda secara automatik. Berbanding dengan Linux dahulu, anda perlu mount dan banyak berurusan dengan Terminal.
Eh, apa yang sembang ini. Macam sudah masuk perkara teknikal. Jadi bagi mereka yang mencari kelainan, cubalah Ubuntu. Anda boleh minta dari Ubuntu secara percuma selagi stok masih ada.

Sekian.

#45 Tiada apa-apa

Lamanya tidak mengemaskini blog. Aku sudah malas menaip sekarang.

Taip dalam point-point sahaja.
  • Sedang mengkaji modifikasi PS2. Aku bercadang mahu sambung Maxtor 40Gb kepada PS2 aku. Namun rasanya peluangnya agak tipis.
  • Sedang menubuhkan asas "Radical Dreamer". Aku mencuri perkataan ini dari siri game RPG Chrono Trigger. Harap-harap menjadi kenyataan.
  • Sedang berhijrah ke Linux, sasaran ialah Ubuntu.
  • Sedang melihat :
    • Ruby on Rails
    • Framework PHP Symphony
    • .NET Mobile Application
    • J2ME
Babai

#44 Berjaga-jaga kawan-kawan

Aku seorang pengguna Gmail yang agak tegar, pada hari ini ketika aku sudah tiada email yang mahu dibaca aku terlihat iklan ini di atas. Bunyi macam ceramah agama, namun sebenarnya bukan.

Kemudian pautan tersebut membawa ke laman yang membicarakan dakyah Kristianisasi.
Apa yang mengelirukan, laman tersebut banyak menggunakan nama Allah. Apa terjadi agaknya jika seseorang itu tidak memiliki pegangan agama yang kukuh?

Kawan-kawan sila berhati-hati menggelungsur Internet.

#43 Diari Elektronik

Electronic diary atau diari elektronik? Adakah ini terma bagi perkataan blog sekarang?

#42 Tahniah kepada graduasi

Tahniah kepada graduasi-graduasi pengajian tinggi pada tahun ini. Yang pastinya hari graduasi sudah tentu kejadian yang sukar dilupakan oleh segenap pelajar yang telah menamatkan pengajiaan masing-masing.

Berfikir mengenai hari konvokesyen, aku selalu terbayangkan para pelajar dan ibubapa duduk dalam majlis yang dibuat di tengah padang. Selepas kesemua graduasi menerima ijazah masing-masing, masing-masing akan bersorak kegembiraan sambil melambung topi graduasi masing-masing. Aku pilih perkataan melambung kerana lebih sesuai berbanding membaling atau membuang, kerana lambung seolah-olah anda melemparkan ke atas dan anda boleh menyambut semula. (pada hari tersebut, aku membaling topi aku ke arah lain yang tiada arah tuju, manakala pelajar pingat emas BITS, Kim Peh memilih untuk membuang topi beliau). Selepas aktiviti melambung topi, tibalah masa untuk bergambar dan perjumpaan dengan teman hidup masing-masing. Inilah masa yang sesuai untuk anda memperkenalkan teman wanita anda kepada ibubapa.

Budin: Ayahanda, perkenalkan ini teman anakanda, Mawar.
Ayahanda: Oh Budin! Cantik sungguh paras rupawan Mawar ini. Sungguh pandai anak aku memilih teman hidup. Bonda, bawakan anak-anak ini ke Restoran Melayu Subaidah, mari kita bersantap bersama-sama.

Mawar tersipu malu bersembunyi di balik Budin. Demikian skrip-skrip yang aku dapat bayangkan ketika hari graduasi, malangnya pada hari itu tiada siapa yang aku perkenalkan kepada ayahanda dan ibundaku. Apapun aku cukup terharu apabila ramai adik-beradik aku dapat datang melihat abang mereka berpakaian jubah konvokesyen.

Aku kurang pasti apa yang diperkatakan oleh sesetengah graduan dari universiti aku. Majlis kurang memuaskan! Aku tidak tahu kenapa tahun ini ibubapa tidak dihidangkan makanan atau minuman sedangkan tahun-tahun lepas mereka boleh dihidangkan kuih-muih sehingga kenyang. Bagaimana pun sebenarnya jamuan tersebut diadakan di belakang dewan, jadi ramai yang tidak tahu malah tidak diberitahu. Sambutan juga dikatakan hambar dan dijadikan kenangan pahit bagi segolongan mereka yang bergelar graduan. Aku tidak tahu kenapa, apa yang kurang, namun ramai yang rasa kecewa. Apapun syabas kepada pelajar UTeM yang telah bergraduasi.

*Kemaskini 4.33 12/8/2008 - Paling kiri, adik aku, dan kanan sekali Prof Abu.

Kawan-kawan
Sembilan bulan agaknya tidak berjumpa rakan-rakan semenara gading dahulu. Masing-masing sudah membuka haluan masing-masing dan menghampiri kejayaan. Apa yang paling berbangga, Alhamdulillah hampir kesemua telah mendapat pekerjaan. Biarpun ada yang dalam bukan bidang apa yang pelajari dahulu, namun aku sangat berbangga mereka dapat bekerja mencari rezeki yang halal.

Tidak kurang juga ramai yang masih bersemangat untuk menyambung pelajaran. Bila aku melihat mereka, aku terkenang dan juga rasa ingin kembali ke alam universiti dan menjadi seorang remaja kembali. Tetapi apabila mengenangkan kesusahan untuk menyiapkan kerja kursus, lain kali sahajalah. Salam buat semua rakan-rakan yang sedang menyambung pelajaran.

Banyak juga perubahan pada kawan-kawan berlaku terutamanya dalam bentuk fizikal dan materialistik. Secara fizikalnya, ramai yang berjaya membina bentuk badan sampai ketahap yang unggul, iaitu dari bentuk petak ke bentuk bulat, dari segitiga ke bentuk pentagon dan berbagai bentuk organik yang lain. Namun, ada juga yang berubah secara materialisme iaitu dari segi harta kebendaan dan perbendaharaan, contohnya dari nombor pendaftaran JJC ke JKV. Ada juga yang berubah daripada status Single kepada status In Relationship atau terus ke Married.

Tentunya rezeki itu datang dari tuhan yang Maha Kaya dan sentiasalah bersyukur dengan apa yang ada. Namun apa yang aku lihat di sini adalah perawakan manusia untuk berubah. Tidakkah anda merasa ini merupakan keajaiban? Keunikkan manusia yang berubah mengikut keadaan dan zaman. Perubahan sikap, perubahan fizikal, perubahan mentaliti, perubahan pendirian dan lain-lain.

Tamat sahaja majlis konvokesyen ini, maka termeterailah dengan rasminya perpisahan antara kanak-kanak BITS yang dahulunya kerap diagungkan keakrabannya. Tamatlah sudah slogan dahulunya "Hidup untuk Rakan-rakan" yang pernah terpahat di hati suatu ketika dahulu. Pergilah masing-masing membawa diri memperjuangkan hidup masing-masing.
Ingatlah kamu ketika sedang tekun bekerja buat overtime, suatu ketika dahulu ada kawan kamu tekun bekerja sehingga 5 pagi menyiapkan assignment untuk kamu. 
Ingatlah kamu sedang ketika kamu sedang berkereta keliling Kuala Lumpur, suatu ketika dahulu ada kawan kamu yang sanggup datang mengambil kamu di Melaka Sentral menaiki motorsikal pukul 5 pagi.
Ingatlah kamu sedang ketika bergembira dan berkongsi perasaan dengan teman wanitamu, suatu ketika dahulu kamu berkongsikan kegelapan dengan kawan-kawanmu berbicara tentang bulan sehingga pukul 5 pagi.
Anda semua menjadi saksi perubahan perubahan kawan-kawan anda, dimana adalah perubahan anda suatu fenomena bermakna bagi diri aku dan sahabatku. Sekian sahaja artikel kali ini.
Salam Mesra.

#41 Selamat tinggal Julai

"Selamat tinggal Julai, jumpa lagi tahun depan". Ayat aku ketika masih kanak-kanak ketika dihampir hujung bulan. Begitu juga bulan Rejab yang mulia ini, tidak lama lagi kita akan meyambut Ramadhan.



Jadi apa yang menarik sepanjang bulan Julai ini?



Pergi ke Pulau Jerejak. Tidak perlu cerita panjang-panjang.


 
Membuat perjanjian pinjaman cara Islam.


 
Melihat pameran orang tanpa memakai baju di Geleri Petronas, KLCC.
 
Bermandi-manda di air panas pukul 3 pagi. Kali pertama aku berjumpa dengan Mak Aih selepas 5 tahun tidak bertemu.
Melihat bapa saudara aku menderma darah tanpa belas kasihan. 
  
Kak Noreen memberitahu bahawa beliau ada ambil sebilah sudu di pantri. Beliau rasa kepunyaan beliau, tetapi untuk mengelak salah faham kemungkinan ada yang sudu yang serupa dengan sudu beliau.
   
Menonton tayangan wayang Batman:The Dark Knight kali kedua bersama MakAih dan rakan-rakan-rakannya. Dianggarkan rakan-rakan-rakannya berhimpun berjumlah 600 lebih memenuhi 4 bilik pawagam di Pavillion.
Berjumpa dengan kawan-kawan ketika alam persekolahan dahulu iaitu SMKAB. Ada di antara mereka sudah 5 tahun tidak berjumpa.
Hari Jadi ke-49 ibu aku dan adik aku, Tarmizi. 
Mengembara Ivalice dengan bermain Final Fantasy XII. Terpaksa main kerana semua game lain tidak boleh dimainkan. Kawan-kawan jangan marah.


Sekian.