#50 Sembang Petang

Petang ini aku menghabiskan perbincangan penuh bermakna dengan Encik Kamal. Agak panjang lebar juga dan banyak menyentuh aspek perlembagaan negara dan politikus semasa.

From [ a s a n r i v a s ]
Kesimpulannya, jangan sembang pompang.
Selamat berbuka kawan-kawan!

#49 Kemahuan

Hari itu aku melihat cermin dan bertanyakan pada cermin, kenapalah tiada orang mahukan mu.

Memang tiada orang akan mahukan kamu, tiada siapa mahukan kamu. Kamu tidak bererti bagi sesiapa, melainkan kamu menunjukkan apa erti kemahuan mu. Kita bertanyakan kembali untuk apa kamu mahu orang mahukan kamu. Apakah maksud kamu? Apakah erti kemahu-mahuan itu. Sudah tentu ciri-ciri yang istimewa yang ditonjolkan kamu menjadi pilihan pemahu itu. Apa kamu tidak memiliki kelebihan itu?

Kamu mahu dicintai? Kenapakah kamu ingin di cintai? Adakah tidak cukup cinta dari Tuhanmu? Yang menyanyangi kamu lebih dari apa yang kamu mengetahui. Kamu mahu cinta dari manusia? Cinta manusia itu rapuh dan tidak berbentuk. Ia boleh datang dari berbagai bentuk yang tidak diduga. Kenapa kamu mahukan juga?

Kamu mahu menjadi orang yang terpilih? Kamu mahu menjadi orang terpilih diantara rakan-rakan kamu. Kamu perlukan jawatan dan kepercayaan yang lebih tinggi? Ini bermakna kamu meminta lebih tanggungjawab ke atas kamu. Adakah ini supaya kamu disanjung oleh rakan-rakanmu dan rakyat sekeliling? Adakah ini yang anda mahu? Atau ini yang orang lain mahu? Tanyalah pada diri sendiri anda. Adakah anda hidup selama ini adalah semata-mata mengikut kehendak kemahuan seseorang atau kemahuan anda sendiri yang mahukan anda dimahukan orang lain atau sebaliknya?

Semalam, nasi lemak ayam berempah mengajar aku. 9 ketul ayam terakhir. Aku mahu penjual itu memilih aku supaya aku boleh menjadi pemilik salah satu seketul ayam tersebut. Tibalah saat ayam terakhir dibedakan, namun akhirnya ia jatuh ditangan orang lain juga. Aku terkedu, pilu walaupun ditenangkan oleh penjual tersebut, diantara ramai-ramai 10 orang yang menunggu, sedangkan aku tidak terpilih.

Kecewa? Adakah aku mahu diriku dipilih mu wahai ayam , tidak sesekali wahai ayam. Aku bukan hamba mu, engkau bukan pujaan aku, engkau sekadar pembuka selera 7.15 PM hari ini. Tidak sesekali aku akan berputus asa ke atas engkau wahai ayam. Sekiranya hari esok masih ada, maka hari ini mungkin hari kau, tapi hari berikutnya mungkin hari aku. Selamat tinggal ayam.

[Caretaker] Saya suka menaip

Akibat aku malas menaip blog pada bulan yang mulia ini, aku ingin paparkan diari Cik Caretaker. Jadi kepada kawan-kawan yang kenali Cik Caretaker ini, cepatlah hubungi beliau agar beliau tidak kesepian, terima kasih.

Sejak akhir2 ni sy rsa mcm nk menaip je Disebabkan sy xde blog. Jd sy menumpang 1-2 page blog ihsan drp enche asan. Ye, enche asan adalah senior sy yg sy sndr pon x penah kenal msa sdg tekun dn rajin menuntut ilmu smsa di UTeM dulu. Mgkn krna orgnya yg pemalu atau sy yg pemalu jd sy x de la nk menegur beliau. Tp entry kali ni bkn utk mncritakan psal enche asan dan beliau bknlah ‘headline’ pada episode kali ini. 


Sy Cuma nk anda suma tau yang sy sgt2lah berasa kekosongan semasa LI ni. Seriously sy mg rindukan waktu brsama rakan2 serumah dlu dn juga jiran2 sblh umah yg trut sama menuntut di UTeM. 6 sem sy brsama kwan baek sy, kak fatah, nughul dn juga nadia. Kak fatah dn nughul adlh kwan se’assgmnt’, se’projek’, se’lab’, se‘kuliah’, se‘permainan’, se ‘perumahan’ dan bnyk lg ‘se’ yg kami lakukan brsama. Mrka sntiasa ade di waktu2 yg x trduga. Wpun kak fatah suke sound direct, tp sy amat faham yg beliau mnshati sy sbgai sorg adk. nughul plk amat sy rindui krna bnyk peristiwa2 dn adegan2 yg x dpt dilupakan yg kami lakukan brsama. Nadia plk, lembut je orgnya tp x prnah lupa kwan. Mrka nil ah kwn serumah sy. Dn sy sgt2 rindukan mrka krna mrka x prnah mmbuat sy kecil hati mahupun terasa hati dgn gurauan mrka. Sy bebas melakukan apa sahaja dgn adanya mereka ini.


 Dn jgn tnya knpa sy akn blk ke bangi setiap mggu utk mncri ketenangan brada di rumah. Namun, x lupa jga kpd si dia yg sntiasa mmbri sy smgt utk truskn hidup di bndar sunway yg x brpa nk best sbnrnya tnpa khdran mereka yg disebutkn di ats. Trma ksh juga kpd enche asan krna mmbri ihsan sy menumpang blog anda. Apepon, sy ttap x kn mengadakan sndr diari elektronik sy.

Teruskan hidup! Semoga tamat pengajian dengan tenang=).

#48 Bersabarlah Sayang

Masih teringat dikala itu aku sedang tekun bermain komputer tatkala hujan di petang yang dingin hari ke 24 berpuasa. Berdendangan lagu dari Winamp aku:

Semua insan sedang gembira
Di hari ini sayang
Hari yang mulia
Marilah bersama berhari raya
Hilangkan duka

Lupakan saja kisah yang lalu
Gantikan cerita baru
Agar hatimu waspada selalu
Jangan kau kesalkan
Jangan engkau tangiskan

Pada mereka yang tak mengerti
Menuduh dirimu
Di jurang kesalahan saja
Ku tak sampai hati
Biarkan engkau sendiri

Tetapi diriku dan juga temanmu
Yang tahu kisah derita
Dan luka di dada, hanya kuharapkan
Kau harus bersabar
Dan bertenang selalu

Apa yang terlintas dalam hati aku bukanlah berkenaan Hari Raya, bukanlah mengenai baju raya dan juga bukan peralihan kuasa Perdana Menteri. Tetapi hati aku ingin mengetahui siapa penyanyi lagu ini, kenapa dia bersedih diatas temannya di kala Hari Raya. Apakah yang telah berlaku pada temannya? Siapakah teman seorang lagi? Awek ke? Segala persoalannya ini muncul ketika aku mendengar lagu ini di Bachang, 3-4 tahun yang lalu. Aku ingin mencari jawapan namun aku juga ingin biarkan ia disebalik kegelapan misteri. Tidak aku perlu mengetahui kerana lagu ini boleh berlaku pada sesiapa sahaja dalam hidup ini dan kepada teman-teman anda.

Menjadi kebiasaan pada menjelang hampir dengan Hari Raya, orang muda melayu Islam terutamanya mula mencari dan mengorek koleksi lagu raya masing-masing dan mendendangkan di sumber audio masing-masing. Tidak kurang juga ramai yang beralih siaran radio, kalau dahulunya selalu mendengar lagu-lagu barat kini beralih ke stesen radio melayu.

Setelah mereka mendapat lagu yang diinginkan, mereka akan cuba menghayati sedaya upaya lagu tersebut agar bangkit perasaan syahdu, kepiluan, dan penuh keinsafan. Tidak kurang juga ada yang mendalami lagu tersebut hinggakan memperasankan diri agar berada dalam not-not lagu tersebut.

"Lupakan saja kisah yang lalu...
Gantikan cerita baru"
Pada rangkap ini mungkin pendengar tersebut membayangkan bahawa dia ada seorang sahabat. Ataupun dalam minda beliau tercari sahabat beliau yang mungkin sedang dirundung masalah. Pada ketika Hari Raya, pendengar menasihati sahabat beliau supaya lupakan cerita masa lalu, gantikan cerita baru.

"Pada mereka yang tak mengerti, Menuduh dirimu
Di jurang kesalahan saja, Ku tak sampai hati
Biarkan engkau sendiri"

Tiba-tiba pula ada pihak yang menuduh sahabat pendengar ini. Apakah kesalahan sahabat ini, sampaikan dituduh berbagai fitnah berbaur hasat kedengkian. Akibatnya sahabat beliau dibuang kerja dan hidup sebatang kara. Sudahlah tak kacak, begitu malang sahabat pendengar ini. Mujurlah pendengar ini seorang yang budiman, teman baik ketika susah. Pendengar begitu kasihankan sahabat beliau dan mengajak beraya sekali. Maka berbahagialah sahabat beliau hinggakan berlinangan air mata terharu akan pendengar yang budiman.

Demikian agak syahdu pendengar ketika itu, mengenangkan sahabatnya yang menderita dalam kehidupan, mujurlah ada dirinya yang selalu mengasihani sahabat beliau. Padahal sahabatnya itu hanyalah mainan fikiran beliau dan dibuat-buat. Sedangkan sahabat tersebut sedang bersenang-lenang berada di rumah menanti waktu berbuka.

Sebenarnya banyak lagi lagu raya yang boleh dihayati lagi dan aku enggan mengulas dan membuat spekulasi mengenai perkara ini lagi kerana masing-masing punyai fikiran kreatif bagi menghidupkan suasana perayaan masing-masing.

Lagu Sanisah Huri sememangnya kegemaran aku, sehingga sekarang lagu ini diperdendangkan di stesen-stesen radio tempatan. Dengan harapan anak-anak muda sekarang memelihara kesenian masa lalu dan semoga dapat memeriahkan Hari Raya yang semakin lama semakin hambar disambut. Sekian, wassalam.

Sekilas sepanjang bulan Ramadan...
  • Aku bersahur dan berbuka buffet 3 hari berturut-turut di Quality Hotel, peace!
  • Game FF12 berkisar mengenai peperangan di Ivalice masih belum tamat. Matlamat aku minggu ini untuk dapatkan armor piercing ammo untuk Balthier. Kesian Balthier asyik pakai Aldebaran.
  • Hmm...aku sangat mengantuk sepanjang hari...

#47 Ramadan menjelma lagi

Ramadan Al-Mubarak telah kembali lagi. Bulan yang dinanti-nantikan oleh umat Islam dimana bulan yang penuh dengan keberkatan dan kemuliaan. Segala puji dan syukur ke hadrat ilahi kerana sempat kita dipertemukan di Ramadan kali ini dan semoga diberi kesempatan untuk menjalani ibadah dibulan ini dengan sempurna.

Bercerita mengenai pengalaman berpuasa, tidak banyak yang aku dapat rekod dalam memori. Apa pun begitu, setiap kali datang Ramadan, aku dapat rasakan keistimewaannya tersendiri, dengan peristiwanya yang sendiri, dengan perasaannya yang tersendiri dan berbagai-bagai lagi yang hanya hadir di bulan Ramadan. Sukar aku mendefinasikan kelainan tersebut, mungkin disebabkan Ramadan itu sendiri. Ramadan membawa perubahan! Boleh dikatakan berlakunya perubahan radikal kehidupan seharian kita, siang kita menahan lapar dan dahaga untuk berpuasa, pada petangnya kita berkejaran ke bazaar, kemudian pada malam kita berarakan untuk ke terawikh, dan pada pagi berikutnya kita bangun awal untuk bersahur.

Disebalik Ramadan juga, masih ada golongan yang masih kurang mampu untuk berbuka dengan lauk pauk yang sedap seperti kita hari-hari berbuka. Demikian itu kita digalakkan menderma malah diwajibkan keatas kita untuk membayar zakat fitrah bagi setiap seorang. Bagi kawan-kawan yang sudah mampu menyara diri, cepat-cepatlah tunaikan kewajiban ini sebelum terlambat. Walau bagaimanapun aku belum lagi menunaikannya, berbanding dengan tahun-tahun lepas sebelum, aku akan membayar sendiri pada tahun ini. Hurray! (Maknanya sebelum ini ayah aku yang bayarkan...).

Ramadan juga bulan keampunan, bagi mereka yang sayangkan diri mereka dan pandai mengambil kesempatan, inilah peluang kita. Sama-sama kita bertaubat dan tinggalkan dosa yang lalu, semoga Allah mengampuni dosa kita dan diberi petunjuk ke jalan yang benar. Amin.

Sekian, semoga bertemu di malam Lailatul Qadar! Wassalam.

p/s.1:tq cik shapikot untuk gambo di frenster>:)<
p/s.2:Aku tukar sistem rating kepada rating perkiraan yang lebih mudah yang mengambarkan respon anda, iaitu lawak bodoh, kelakar, pengetahuan dan dukacita. sila pilih satu setiap kali membaca artikel aku.
p/s.3:aku nak maen PS3...

[Caretaker]Kehidupan sebelum, semasa dan selepas LI

Cik Caretaker mula menulis untuk minggu ini. Memenuhi kekosongan dalam blog aku. Terima kasih Cik Caretaker.
Kehidupan sebelum, semasa dan selepas LI

Sblum LI :
  • pegi klas ikut jadual. Klau klas pkl 11, pkl 10 pn blh bgun lg
  • Masih ade msa nk bersosial dgn kwn2.
  • Wpun blh kate ade assignment tiap mggu, tp x jd hal. Sbb stp assgnmnt tu kite akn brjmpa dgn bnda bru yg kite x tau. Klau x men ‘google’ sndr pn, at least kte dpt ‘google’ drp mmbr2 yg dh siap. (satu perkara yg x dpt dinafikan oleh stp mereka yg brgelar mahasiswa)
  • Petang blk klas klau x tdo ptg, ade org ajak pi jln2 dn mkan angin kt taman botanoical (ye di situ lah kami slalu mengambil udara nyaman drp flora dan fauna yg x brpa nk fauna pn sbnrnya sbb ia trltk di pnggir bndar Cuma ia dipelihara oleh pihak yg brwajib. Klau x, mna la nk jmpa hutan lg kt mlaka tu)
  • Blh jmpa dgn segenap lapisan pljr drp pelbagai kaum . wpun x de la nk bermesra alam nk tgur dorg, tp sekurang-kurangnya kite dpt melihat kelainan bangsa laen yg turut bljar di situ.
  • Boleh berpersatuan dn pegi meeting2 kelab. Sbgai bekas s/u atr kelab yg aktif di UTeM satu ketika dahulu, henset sy mmg x penah sunyi dpr msg2 org-perseorangan dan pejabat HEP yg ingn berurusan dgn s/u.
  • Boleh kuar mlm brsama kwan2. sy amat mnghargai tiap detik waktu itu.
  • Dan sejak diri ini dilamar oleh jiran dpn umah sewa sy yg merupakan pelajar thun akhir fakulti kej mekanikal (Automotif) pd ketika itu utk mnjdi teman istimewa beliau, hdup sy mnjdi smkin bererti slps itu. Wpun duk dpn umah je, tp selama lebih 1 sem kami x penah bertegur sapa mahupun mngnali antr satu sama lain hinggalah secara x sngaja kami telah terberkenalan dlm fs dn ym. Tnpa disangka2, beliau adlh jiran sy.. Ouhh.. sgt malu pd masa tu.
  • Dpt mmbuat aksi2 yg x brpa nk ‘drift’ di jalanan pd waktu mlm krna spt yg diketahui umum, jalan2 di melaka agak lengang dn pd ms tu amat sesuai utk org2 spt sy mmbuat aksi2 yg x brpa nk bahaya pon sbnrnya.
  • Blh tdo hngga lewat dinihari. Dn biasanya, wktu tdo sy biasanya aldh pd pkul 3-4 pagi dn sy sgt suka stay up pd waktu2 spt itu. Ade jgk kes smpai x tdo lgsng. Hal ini trjd klau buat assgnmnt atau projek pd last2 mnt. Siap2 je, dh pagi, trus mndi dn pegi ke klas. Sgt igt saat2 spt itu krna akibatnya, sudah pasti sy akn tetido dlm klas atau lab.

Semasa LI :
  • Lps bgun solat subuh, dah x blh tdo balik spt biasa yg dilakukan pd zaman muda dahulu disebabkan kekangan masa utk bersiap ke ofis.
  • Utk pngtahuan suma, ofis tmpt sy li beroperasi pd pkl 8-5 ptg. Utk pngetahuan suma juga, sy merupakan pemegang tetap knci ofis disebabkn bos dan pkrja2 beliau slalu ketiadaan di ofis. Tp ketiadaan bos and d gang bkn brmkna beliau tidak mmbuat kerja. Sebaliknya, mereka mmpunyai projek2 di luar. Atrnya keja2 trsbut ialah mmbuat system utk tender2 pejabat kerajaan dn swasta, maintain system kl monorel (slps ini, projek ini bkal diserahkn kpd kami sbgai tugasan selanjutnya apbla diserap msuk sbgai kakitangan di sini slps ini)
  • Terus-terang, kehidupan smsa LI ni mmg xde social life. Masa utk bersuka-ria brsama teman2 sepermainan dh xde lagi.
  • Masa utk bersama si dia juga mnjadi kekangan bagi kami.. wpun dia kini brgelar engineer di slh sebuah kilang di klang dn sy hnyalah pelatih sykt IT di bndr sunway tetapi kami smkin jarang blh brjmpa.klau jmpa pn, sebulan hnyalah 2 kali sebulan. Nmun ini bukanlah sebab utk sy mncari org laen yg lbh dkt sbgai pnggnti krna jarak yg x brpa nk jauh ni sbnrnya menguatkn lg kebahagiaan kami. Hoho..
  • Wpun company ni bermurah hati menyewakan bilik apartmen yg brdktan ofis, (kira-kira 3 minit perjalanan jika menggunakan kedua-dua belah kaki) keiinginan utk berumah sndr ttap ada. Begitu juga keinginan utk berumah dn bertangga pd tahun hdpan jika diizinkan
  • Tiap2 mggu, sy akan pulang ke kampung halaman yg x brpa nk kampung yg trltak di bndar baru bangi. Dn saat2 brsma kluarga trsayang amat dihargai disebabkan ketiadaan lagi rakan sepermainan di sini.
  • Kemalasan menulis buku log juga semakin menebal. Mggu ni dh mggu ke 9 sy ber LI dan kali terakhir sy menulis buku log adalah pada mggu ke 3. itu pun disebabkan lecturer visit. Dan selama 2 mlm sblum lawatan trsbut, brulah sy terhegeh2 nk buat laporan. Mungkin pada mereka yg merupakan penulis blog tegar a.k.a diari elektronik spt enche asanrivas x kesah utk mmbuat ini suma. Tp pada sy, ianya agak membosankan menulis catatan yang dilalui spnjg hari.
  • Kehidupan yg dilalui juga sama saja dn akan berulang pda setiap hari isnin hingga jumaat. Bkn x bnyk entertainment yg disajikan di bndar sunway ni. Bnyk je. Cuma bg org berpndptan rendah spt sy mmg sdar akan kesempitan hidup slgi blum bkrja dn mmpunyai pndptn sndri.
Selepas LI :
- Akan bersambung slps sy abes LI nnti. Ngeh3… sekian. 

Ditulis oleh Miss Caretaker a.k.a Undertaker (Bukan nama sebenar). Banyakkan bersabar Cik Caretaker, aku pernah mencuba games PS2 WRC, terlalu susah kerana aku selalu kalah!