Akhirnya pada malam ini hati ini terbuka untuk menulis. Hidup aku agak terumbang ambing dan bermambang-mambang kebelakangan ini membuat tangan aku menggigil menaip blog. Ah, situasi ini tiada kaitan dengan paparan kali ini ya.
Macam biasalah, kalau habis malas aku akan memaparkan serba sedikit mengenai gambar dari K750i dan Olympus FE310. Bangganya!

Bergerak ke kampung halaman. Aku jadi penumpang dan adik-adik aku jadi pemandu! Aku sebagai abang mestilah sangat gembira!

Ehem, buat-buat bawa perlahan pula.
Amaran: Anda tidak boleh memotong orang tua anda sewenang-wenangnya.

Sesuatu yang aku sukar lepaskan adalah bermain dengan haiwan peliharaan. Lihatlah tikus belanda albino ini. Matanya memancar merah macam
berserk FF12!

Perkara yang aku sukar fahami ketika di rumah Tok aku adalah sepupu-sepupu aku suka memanjat tiang rumah. Adakah ia seronok? Kanak-kanak...

Okay, stop! This is not funny!

Di pagi raya, disebalik sinaran mentari, anda boleh lihat lemang-lemang siap dipotong dan siap di makan dengan rendang pilihan anda.

Ramai kagum kehebatan Sultan Kedah di mana beliau masih memerintah negeri Kedah melebihi 50 tahun. Di antara rutin Sultan Abdul Halim adalah memberi duit raya pada kanak-kanak yang di makam Di Raja Langgar, Kedah.

Kanak-kanak ini sedih pada mulanya kerana dapat
seringgit sahaja. Kami berpesan padanya, yang penting adalah lambang pemberiaan Sultan, bukan pada nilai wang ringgitnya. Sejurus selepas itu, kanak-kanak ini mengumpul sampul-sampul duit raya sultan di tepian jalanan.

Cubaan menangkap gambar pada jarak super mikro. Ini bukan SLR okay. Hebat!

Pada akhir perjalanan, kami sempat singgah makan di Satay Haji Samurai. Aku asyik berulangkan kali menyebut Haji Samurai sehinggalah adik-adik aku jemu. Ini bukan kelakar lagi okey, kamu harus berhenti Asan!
Kesimpulannya kebanyakkan gambar di ambil tiada kaitan dengan Hari Raya. Namun, aku rasa agak meriah pada tahun ini berbanding tahun-tahun yang sebelumnya. Hari Raya sepatutnya disambut dengan gembira, meriahkan suasana dengan melawat sanak-saudara, bergotong-royong dan mengeratkan silaturahim. Bukannya duduk rumah menonton sarkas ya, sebab tu kamu rasa tidak meriah.
Sekian. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.