#62 Penukar Power Plan untuk komputer riba (Vista)

Lamanya aku tak menulis; rasanya sudah beberapa purnama aku tidak menulis. Alangkah sepinya hidup blog aku. Diri aku pun terasa kesepian. Jadi untuk mengurangkan kekosongan blog aku, aku telah mengarang sebuah aplikasi bertema kebosanan.

Penukar Power Plan
Dengan menggunakan aplikasi ini, anda boleh menukar power mode anda dalam laptop anda. Hanya double-click, dan Vista anda akan bertukar ke power plan seterusnya.
Contoh default Power Plan dalam vista:
  • Balanced
  • Power Saver
  • High Performance
Jadi, dengan run benda ini, anda boleh bertukar-tukar(swap) anda punya power plan.

Sesuai sekiranya anda boleh setting butang/kekunci tambahan supaya boleh run aplikasi ini, macam laptop Acer dalam gambar ini, dan anda tak tahu fungsi sebenar, anda boleh gantikan dengan run aplikasi ini, di mana lebih ringkas dan tidak memerlukan memori banyak.

Download: PowerPlanSwitcher.zip (3kb).
Keperluan: Microsoft Windows Vista, Komputer riba, .NET framework 2.0.

Jika anda berminat dengan source code. Download: Program.cs (2kb)

Sekian, lepas ini nantikan untuk versi Windows XP.

0 komentar: