#63 Belajar Magis

Image taken from ffartwork.com
Salah satu perkara menarik dalam siri Final Fantasy adalah Magic atau dalam bahasa Ivalice disebut Magick. Pada sesi lepas kita telah belajar membuat Shoryuken, sejak itu aku mula serius dalam perkara ini dan oleh kerana itu pada minggu ini kita belajar membuat magis. Adik-adik, ketahuilah adik-adik bahawa setiap kuasa magis dalam siri FF memiliki 3 peringkat kuasa, sebagai contoh kita ambil kuasa Fire.
  1. Peringkat 1: Fire
    Kuasa magis hitam untuk melancarkan serangan api kepada satu sasaran.
  2. Peringkat 2: Fira
    Kuasa api yang lebih kuat dengan diameter yang luas kepada ramai sasaran.
  3. Peringkat 3: Firaga
    Kuasa api yang sangat-sangat kuat juga dengan diameter yang luas kepada ramai sasaran.
Contoh kedua, Cure iaitu untuk mengembalikan semula HP, juga lebih kurang bunyinya:
  1. Cure
  2. Cura
  3. Curaga
Senang bukan? cuma tambah -ra untuk peringkat kedua dan -ga untuk peringkat terakhir. Baiklah, mari kita pandang pada aspek kehidupan pula, contohnya:
  1. Lempang(sekali tampar)
  2. Lempara(tampar ramai-ramai)
  3. Lempaga(tampar sampai terpelanting ramai-ramai)
Kalau terjumpa awek cun, boleh buat modal mengorat:
  1. Cun(awak ini cun lah)
  2. Cunra(sungguh tak percaya, awak ini Cunra)
  3. Cunaga(awaklah Cunaga)
Huhu, apa-apa sahajalah En. Asan.
Sekian, jaga diri.

(p/s: Setelah aku bermain Final Fantasy 12, Ada lagi peringkat keempat!! tambah -ja dibelakang)

3 komentar:

fiquer said...

apa la yg ang dok mrapu nih..nk kawen dh kot

alone said...

cmna nak aplikasikan dalam kehidupan seharian tu? haha.

sokong fiquer. nak kenduri jangan lupa jemput! =D

Asan Taring said...

banyak gunanya dalam kehidupan seharian. contohnya dalam meningkatkan bahasa melayu. dalam bahasa inggeris ada penguat seperti:

great, greater, greatest

bahasa melayu baru kemungkinan?