Image taken from ffartwork.com
Salah satu perkara menarik dalam siri Final Fantasy adalah Magic atau dalam bahasa Ivalice disebut Magick. Pada sesi lepas kita telah belajar membuat Shoryuken, sejak itu aku mula serius dalam perkara ini dan oleh kerana itu pada minggu ini kita belajar membuat magis. Adik-adik, ketahuilah adik-adik bahawa setiap kuasa magis dalam siri FF memiliki 3 peringkat kuasa, sebagai contoh kita ambil kuasa Fire.- Peringkat 1: Fire
Kuasa magis hitam untuk melancarkan serangan api kepada satu sasaran.
- Peringkat 2: Fira
Kuasa api yang lebih kuat dengan diameter yang luas kepada ramai sasaran.
- Peringkat 3: Firaga
Kuasa api yang sangat-sangat kuat juga dengan diameter yang luas kepada ramai sasaran.
- Cure
- Cura
- Curaga
- Lempang(sekali tampar)
- Lempara(tampar ramai-ramai)
- Lempaga(tampar sampai terpelanting ramai-ramai)
- Cun(awak ini cun lah)
- Cunra(sungguh tak percaya, awak ini Cunra)
- Cunaga(awaklah Cunaga)
Sekian, jaga diri.
(p/s: Setelah aku bermain Final Fantasy 12, Ada lagi peringkat keempat!! tambah -ja dibelakang)



