Thursday, December 30, 2010

Mencari erti #1

Saya namakan permulaan siri ini sebagai Mencari Erti. Saya akan cuba catatkan apa yang berlaku disekeliling saya sebaik-baiknya. Mungkin dengan jalan ini saya dapat menghisab apa yang telah saya lalui dan dijadikan tauladan bagi saya sendiri atau mungkin boleh dikongsi dengan kawan-kawan.

Hari ini saya dapati internet di rumah Abang Pilot terlalu lambat. Hmm, terlalu lambat hinggakan nak membuka Facebook pon hanya memulangkan kekecewaan.

  • Taip 'facebook.com' di address bar.
  • "Sending request..."
  • 5 minit kemudian terpapar "Page not found".

Tolonglah! Aku mesti buat sesuatu! Saya fikir mesti ada sesuatu yang tak kena dengan internet P1 Wimax ni. Selalu sangat menimbulkan masalah. Kedudukan modem itu di dapur mungkin ada kena mengena dengan kelajuan internet yang bermasalah ini. Adakah dapur terlalu jauh? Tidak juga kerana meter Wi-Fi komputer riba aku sentiasa penuh.

Lalu aku teringat telefon bimbit aku. Ya, rangkaian telefon bimbit aku selalu rendah jika aku berada di bahagian bawah rumah. Adakah aplikasi ini sama dengan modem 4G? Kemungkinan.

Jadi aku mengambil keputusan dengan memindah modem tersebut ke atas rumah dan letakkan dalam bilik aku. Okay, selesai pasang plug, aku kembali semula ke komputer riba ku.

  • Taip 'facebook.com' di address bar.
  • "Sending request...".
  • "Waiting for www.facebook.com.."
  • Yappari, page laman so-sial Facebook terpampang dengan pantas sekali!

Ops, adakah Abang Pilot akan marah? Dah la pindah modem suka-suka hati, kemudian letak dalam bilik sendiri pula, ini dah melampau! Hihi. Okay, kita tunggu dan lihat dahulu.

0 komentar: