Tuesday, September 27, 2011

#7 Log Bacaan Seharian.

Persoalanan Paksu
Suatu malam aku dan Paksu bersiar dengan menaiki motorsikal Yamaha Sport beliau. Sambil daku melihat rumah-rumah ditepi sawah, beliau berkata kepadaku:

"Asan tengok rumah-rumah tu...agak-agak depa tengah buat apa?"

Aku pon menoleh diantara rumah-rumah kampung tersebut dan meneropong dalam-dalam. Ada yang dalamnya bercahaya bewarna-warni hingga terpantul pada tingkap-tingkap mereka. Ada yang gelap sahaja, tapi banyak yang bercahaya-cahaya.

"Depa tengah tengok TV kot?", jawab aku.

"Depa buat apa lagi, tengok TV la! Cuba Asan teka, agak-agak berapa orang dalam rumah-rumah tu la ni tengah baca Quran, berapa ramai yang tengah beribadat? Asan agak-agak boleh dak depa ni hidup kalau takdak TV?", kata Paksu aku dalam tenggelam timbul bunyi angin dan ekzos motorsikal.

"Hmm, betoi-betoi...lagho sungguh depa ni", jawab aku mengiyakan Paksu aku.

Tapi yang sebenarnya, sungguh tersentak hati aku. Apa yang Paksu tujukan pada golongan ini termasuklah juga aku sekiranya aku berada di rumah. Boleh jadi TV adalah kelengkapan wajib dalam sesebuah keluarga sekarang. Tiada TV, maka tiadalah kehidupan. Disitulah kita akan menjamu kebosanan anak bini kita. Hinggakan percakapan seharian mereka pun berdasarkan rancangan-rancangan semasa TV. Nilaikan balik berapa banyak peluang yang kita terlepas semasa kita sibuk menonton TV.

Sekian.

Pegangan Rufaqa'
Harini saya ada membaca tentang gerakan agama yang terkenal suatu ketika iaitu al-Arqam. Saya ingin mengkaji samada ianya betul seperti didakwa atau konspirasi. Oleh kerana saya belum habis membaca, maka saya tidak akan post apa-apa tentangnya lagi.


0 komentar: